Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada
First time aku dengar perkataan palat nie sebenarnya masa darjah 4, dekat sekolah agama. Time tuh aku tengah belajar segala jenis perkataan carut yang boleh menyebabkan anda kena penyepak secara percuma tanpa ansuran mudah oleh ayah anda dengan kadar yang segera. Macam-macam lah, siap boleh tulis lagi atas kertas perkataan-perkataan tu semua, dan semua 'ilmu' dikongsikan bersama-sama rakan sebaya yang tak tau.
Dipendekkan cerita, ada seorang kawan aku nie, tak ingat siapa, tapi dia bagitahu aku bahawasanya perkataan palat ini bahasa jawa, yang membawa maksud 'busuk'. Aku pun dengan naifnya percaya 100% kata member aku yang sama bodohnya macam aku time tuh.
Cuba tukar tagline filem kami tersebut.
Hidup ini memang busuk, tapi esok masih ada.hehe, busuk lah esok boleh mandi!
OK, berbalik kepada point saya, jika kita rujuk balik kamus dewan palat membawa kepada 3 maksud
palat I; kayu~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (utk merotan tapak kakinya).Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1998, m/s 962
palat II kemaluan laki-laki; tahi~ najis yg melekat pada kemaluan.
palat III kpd orang yg tidak berguna
Cuba kita tukar perkataan palat dalam tagline filem Kami tadi kepada maksud yang diberikan dalam kamus dewan
Palat I
Hidup ini memang kayu, tapi esok masih ada
Palat II
Hidup ini memang najis yang melekat pada kemaluan laki-laki, tapi esok masih ada
Palat III
Hidup ini memang ______(masukkan sesuatu kepada orang yang tak guna), tapi esok masih ada.
So? mana yang betul? Bagaimana dengan pendapat anda pula?
7 comments:
mestilah palat III. tapi hidup ini bukan untuk orang yg x berguna. tapi untuk mereka yg menghargai hidup. *mungkin palat tu sound nice.
huhu, sounded nice, but so 'carut'. hehehe
eah tapi betul ker palat dalam bahasa jawa makna dia busuk? :|
hehee, sejak bila la ni ko ada blog :p
Hahaha lawak bro lawak bro sampai keluar air mata aku ketawa pada palat rangkap kedua tu.....ayat ni memang terpalatlah
Hahaha lawak bro lawak bro sampai keluar air mata aku ketawa pada palat rangkap kedua tu.....ayat ni memang terpalatlah
Hahaha lawak bro lawak bro sampai keluar air mata aku ketawa pada palat rangkap kedua tu.....ayat ni memang terpalatlah
Selepas 10 tahun post ni, baru aku jumpa n terbaca blog ni... Palat betul.. ������
Post a Comment