04 March 2011

Jumaat Yang Malang.

Pagi-pagi dapat call dari pelanggan sewa kereta.

"Bang kereta accident harituh adik saya bawak,"

Kelu untuk berkata-berkata, sebab kelapa otak tengah blur sebab baru sedar dari tidur.

Itu baru satu masalah. Bangun pagi lambat menyebabkan menjalankan rutin kebiasaan iaitu berniaga di hadapan sekolah tidak dapat dilakukan. Siapa suruh tidur lepas subuh. Padan muka.

Partner nak join tabligh pulak. Adoi, ini satu masalah juga, boleh sangkut bisnes yang selama ini dah memang tersangkut. Harap-harap dia berubah fikiran.

Tengahari tadi dalam perjalanan hendak menghantar barang ke UPM.Di atas lebuh silikon UPM, Tiba-tiba kereta jadi tersemput-semput. Ini petanda minyak habis yea adik-adik. Terpaksa berhenti di line emergency yang sangat sempit yang hanya muat satu motor sahaja.

Kereta dahlah panas tak boleh nak pasang penghawa dingin. Bermandikan peluh di dalam kereta. Terus capai telefon untuk meminta bantuan. Call 'Sahabat Seperniagaan Tepi Sekolah' @ Tauke dadih.

"Alamak muin aku ada kat mantin lah, try call hadi macam mana?"

Hadi? Nak pulak dia angkat call. Scroll ke bawah phonebook dalam telefon murah ini. Semua kawan macam tak available. Last-last ayah juga datang membantu di saat memerlukan.

Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini.

Sabar.