31 October 2009

Gemuk doh kau

"Makin sihat nampak kau muin"

"Tough siot kau sekarang"

"Pakcik tengok sekarang kau sekarang dah makin berisi."

"Gemok doh kau"


Di atas adalah antara koleksi kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap diriku ini. Ada lagi banyak lagi kata-kata kesat yang lain. Tapi aku rasa cukup sekadar banyak itu. Perit sungguh hati ini nak terima kenyataan yang kurang sedap didengari oleh cuping telinga ini. Eah kenapa cuping telinga?

Sebenarnya di dalam hal ini aku tidak bersalah, ini adalah proses tumbesaran seorang lelaki dewasa yang normal yang melepasi tahap pramatang. Pertambahan lemak di sekitar kawasan-kawasan tertentu di tubuh badan ini tidak dapat di halang mahupun diberhentikan, malahan ianya semakin galak berlaku hari ke hari.

Dulu berat badanku berada di dalam sekitar 50-55kg, tetapi sekarang berada pada average 60kg. Wah! Benci! Badanku sayang janganlah naik sebegitu kejam sekali. Nanti rupa parasku tidak menarik. Lupa nak bagitau, hari tuh check dekat facebook berat badan ideal diri ini adalah 59kg. Tak nak 59kg, nak 55kg!

Mulai saat ini aku akan berazam untuk cuba menurunkan berat untuk mendapatkan berat badan aku yang dahulu. Setelah mendapat ilham daripada reality tv show "The Biggest Loser". Ada seorang juara dia mampu mengurangkan berat badan sebanyak 100kg! Pada mula dia masuk berat dia berukuran 180kg tetapi selepas program tersebut berat badan beliau hanya pada tahap 80kg! Wah sungguh inspiring!

Sekarang aku perlu tekankan beberapa perkara :
  1. Jangan tidur di waktu siang.
  2. Malam jangan makan kecuali buah buahan
  3. Banyakkan senaman kardiovaskular ataupun berjogging

Perkara no.1 adalah merupakan faktor utama berat badan aku naik. TIDUR TIDUR! Hish. Ya, esok pagi lepas subuh aku nak jogging.

P/s : Siapa ada tips nak dapatkan badan yang cantik? silalah kongsi-kongsi :)

03 June 2009

Palat

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada

Tajuk post kali ini agak offensive sedikit, hu. Tapi tak mengapa aku just nak berkongsikan apa yang aku faham mengenai perkataan palat ini.

First time aku dengar perkataan palat nie sebenarnya masa darjah 4, dekat sekolah agama. Time tuh aku tengah belajar segala jenis perkataan carut yang boleh menyebabkan anda kena penyepak secara percuma tanpa ansuran mudah oleh ayah anda dengan kadar yang segera. Macam-macam lah, siap boleh tulis lagi atas kertas perkataan-perkataan tu semua, dan semua 'ilmu' dikongsikan bersama-sama rakan sebaya yang tak tau.

Dipendekkan cerita, ada seorang kawan aku nie, tak ingat siapa, tapi dia bagitahu aku bahawasanya perkataan palat ini bahasa jawa, yang membawa maksud 'busuk'. Aku pun dengan naifnya percaya 100% kata member aku yang sama bodohnya macam aku time tuh.

Cuba tukar tagline filem kami tersebut.
Hidup ini memang busuk, tapi esok masih ada.
hehe, busuk lah esok boleh mandi!

OK, berbalik kepada point saya, jika kita rujuk balik kamus dewan palat membawa kepada 3 maksud

palat I; kayu~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (utk merotan tapak kakinya).

palat II kemaluan laki-laki; tahi~ najis yg melekat pada kemaluan.

palat III kpd orang yg tidak berguna
Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1998, m/s 962

Cuba kita tukar perkataan palat dalam tagline filem Kami tadi kepada maksud yang diberikan dalam kamus dewan

Palat I

Hidup ini memang kayu, tapi esok masih ada

Palat II

Hidup ini memang najis yang melekat pada kemaluan laki-laki, tapi esok masih ada

Palat III

Hidup ini memang ______(masukkan sesuatu kepada orang yang tak guna), tapi esok masih ada.


So? mana yang betul? Bagaimana dengan pendapat anda pula?

31 May 2009

Sayang? Suka? Cinta?

Tengah aku sedap-sedap melayan video di Youtube. Tiba-tiba datang satu message airmata

"T_T"

Err. "Nie apahal nie? Gaduh dengan pakwe la tuh" bisik hati kecil ku.

Cuba mengenepi kan kisah lama, aku cuba la nak cheer her up. Tapi macam tak berjaya. Aku pula yang terkena.

Dia ungkit kisah lama, aku tak suka orang ungkit cerita lama, lagi-lagi yang negatif.

Macam-macam dia tanya, dia tanya kenapa aku susah-susah nak gembirakan dia. Pada mulanya aku taknak cakap, tapi last sekali aku akur.

"Herm, sebab saya sayangkan awak"

Dari situ dia dapat point dia nak hentam aku.

"Sayang? Suka? Cinta?"

Aku pun jawab lah

"Kalau kita sayang seseorang tu, kita nak jaga dan lindungi dia.. Suka maybe hanya pada fizikal tapi bukan pada mentalnya.. Cinta.. muin taktau nak cakap apa pasal cinta tapi bagi muin cinta itu menyakitkan"

Respon dia

"Jaga dan lindungi? Means awak hanya suka pada saya. Bukan sayang. awak dah tersilap"

Apa yang berlaku lepas tuh aku tak nak terangkan.

Bagi aku, aku just nak lupa kan benda-benda yang lepas, benda-benda yang tak elok, benda yang negatif, aku hanya nak pandang ke hadapan. Nak tolak ketepi perkara berkenaan hati dan perasaan.

Minta maaf.

28 May 2009

22


28 May 2009. Ulang tahun kelahiranku yang ke-22, terima kasih Facebook sebab wish dekat saya :D. Terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Jadi' kepada saya. Terima kasih banyak-banyak

Pada saya walaupun hanya satu ucapan ringkas "Selamat Hari Jadi" itu pun sudah memadai bagi diri ini. Terima kasih lagi sekali :)

Apa lagi eh? Ini merupakan entry kedua saya sejak saya daftar blog ini pada May 2008. Maknya usia blog ini sudah setahun tapi masih kosong. hehe, mintak maaf, bukan tak mahu nak post apa-apa entry, tapi sering di dalam syndrom "blur depan blog sendiri". Tak pernah dengar? Tak mengapa tak payah ambil tahu pun. Tak penting.

Harap-harap lepas ini, banyak la benda-benda menarik yang boleh di baca. Doakan :P



15 February 2009

Selamat Siang Kakak Cantik

Assalamualaikum..

Akhirnya berjaya juga aku mengepostkan blog nie, dah lama sebenarnya nak buat blog nie. tapi agak kemalasan, apa apa hal pun banyak lagi benda aku tak tau pasal dunia berbloging nie. Kalau ada salah dan silap silalah tegur.

;)