15 August 2011

Rantaian Masalah.

Pukul 4.14.

Suasana sejuk yang amat nikmat untuk melayari bahtera mimpi.

Setelah lebih entah berapa jam melaghakan diri dengan seseorang sampai telinga jadi panas.

Terima kasih awak, walaupun tak berapa nak menyelesaikan masalah tetapi apa yang terpendam terluah juga. :)

Dia gila-gila, aku skema, satu kombinasi pelik. Aku pun gila-gila juga apa?

Tidak tidur lagi di waktu-waktu sebegini membuatkan aku terfikir panjang. Adakah beban yang menimpa bak tindakbalas rantai ini ada mengertikan sebuah hikmah?

Hikmah tidak semua kita harapkan akan berlaku;

Hikmah sentiasa berhati-hati dengan setiap apa tindakan dan matlamat;

Hikmah jangan terlalu mengharapkan pada satu?

Terlalu banyak persoalan, seolah-olah pengertian "jawapan" itu tidak wujud.

Tergerak hati ingin bertahajud, tetapi hati masih lagi berdolak-dalik.

Ini ramadan, bukankah semua syaiton dibelenggu? Adakah aku sendiri yang iblis? Atau nafsu bertopengkan iblis? Nauzubillah.

Aku perlu bersifat realistik, perlu langkah satu persatu, impian boleh dipasang, tetapi perjalanan harus dirancang.

"Kita masih muda dan berkudrat jika merasa gagal,"

"Jatuh tersembam muka ke tanah tidak bermakna tidak boleh melompat lebih tinggi."

Cuba. Langkah demi langkah. Perlahan-lahan. Sabar.

1 comment:

man said...

slmt hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com