15 August 2011

Rantaian Masalah.

Pukul 4.14.

Suasana sejuk yang amat nikmat untuk melayari bahtera mimpi.

Setelah lebih entah berapa jam melaghakan diri dengan seseorang sampai telinga jadi panas.

Terima kasih awak, walaupun tak berapa nak menyelesaikan masalah tetapi apa yang terpendam terluah juga. :)

Dia gila-gila, aku skema, satu kombinasi pelik. Aku pun gila-gila juga apa?

Tidak tidur lagi di waktu-waktu sebegini membuatkan aku terfikir panjang. Adakah beban yang menimpa bak tindakbalas rantai ini ada mengertikan sebuah hikmah?

Hikmah tidak semua kita harapkan akan berlaku;

Hikmah sentiasa berhati-hati dengan setiap apa tindakan dan matlamat;

Hikmah jangan terlalu mengharapkan pada satu?

Terlalu banyak persoalan, seolah-olah pengertian "jawapan" itu tidak wujud.

Tergerak hati ingin bertahajud, tetapi hati masih lagi berdolak-dalik.

Ini ramadan, bukankah semua syaiton dibelenggu? Adakah aku sendiri yang iblis? Atau nafsu bertopengkan iblis? Nauzubillah.

Aku perlu bersifat realistik, perlu langkah satu persatu, impian boleh dipasang, tetapi perjalanan harus dirancang.

"Kita masih muda dan berkudrat jika merasa gagal,"

"Jatuh tersembam muka ke tanah tidak bermakna tidak boleh melompat lebih tinggi."

Cuba. Langkah demi langkah. Perlahan-lahan. Sabar.

17 June 2011

Bahasa Melayu.

Cikgu : Hari ini kita belajar kata ganda, gandaan berirama ye murid-murid! Gandaan bagi semak?

Murid : Samun!

Cikgu : Bukit?

Murid : Bukau!

Cikgu : Gunung?

Murid : Ganang!

Cikgu : Sorak?

Murid : Morak!

Cikgu : *Tepuk dahi* Jahanam anak murid aku..

Berikut adalah pengalaman penulis ketika berumur 12 tahun. Masih segar di ingatan Cikgu Bahasa Malaysia beliau adalah Cikgu Yusri.

Terima kasih cikgu!

04 March 2011

Jumaat Yang Malang.

Pagi-pagi dapat call dari pelanggan sewa kereta.

"Bang kereta accident harituh adik saya bawak,"

Kelu untuk berkata-berkata, sebab kelapa otak tengah blur sebab baru sedar dari tidur.

Itu baru satu masalah. Bangun pagi lambat menyebabkan menjalankan rutin kebiasaan iaitu berniaga di hadapan sekolah tidak dapat dilakukan. Siapa suruh tidur lepas subuh. Padan muka.

Partner nak join tabligh pulak. Adoi, ini satu masalah juga, boleh sangkut bisnes yang selama ini dah memang tersangkut. Harap-harap dia berubah fikiran.

Tengahari tadi dalam perjalanan hendak menghantar barang ke UPM.Di atas lebuh silikon UPM, Tiba-tiba kereta jadi tersemput-semput. Ini petanda minyak habis yea adik-adik. Terpaksa berhenti di line emergency yang sangat sempit yang hanya muat satu motor sahaja.

Kereta dahlah panas tak boleh nak pasang penghawa dingin. Bermandikan peluh di dalam kereta. Terus capai telefon untuk meminta bantuan. Call 'Sahabat Seperniagaan Tepi Sekolah' @ Tauke dadih.

"Alamak muin aku ada kat mantin lah, try call hadi macam mana?"

Hadi? Nak pulak dia angkat call. Scroll ke bawah phonebook dalam telefon murah ini. Semua kawan macam tak available. Last-last ayah juga datang membantu di saat memerlukan.

Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini.

Sabar.