31 December 2010
23 November 2010
Viral Video
Pernah dengar nama Chris Crocker? Popular dengan ketaksuban beliau terhadap Britney Spears.
Ya. Dia seorang lelaki. Dan di bawah ini adalah Parody terhadap video di atas.
Parody 1 :
Parody 2 :
Selepas menonton ketiga-tiga video tersebut, saya pasti anda semua mesti menghadapi kekejangan di bahagian abdomen. Sila berjumpa doktor jika masalah itu berpanjangan.
P/S : Nak tengok orang buat video macam ini pasal dR Rozmey " LEAVE DRR ROZMEY ALONE! tsk tsk!"
P/S/S : Ada banyak lagi perkara yang ingin di tulis di blog. Nantikan atas-tarikh (update)
05 October 2010
Mati Hidup Kembali.
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
01 October 2010
Santapan Minda dan Hati
"Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Azzahra seandainya dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah"
29 June 2010
Tak Normal
Andai kata blog ini sebuah bilik. Semestinya sudah dipenuhi dengan sawang-sawang labah-labah, habuk yang kurang mesra alam, satu tamadun anai-anai yang merangkap dua generasi dan banyak lagi perkara-perkara kotor yang sewaktu dengannya.
Setahun kot blog ini diabaikan. Haish. Teruk sungguh empunya blog.
Akan tetapi blog ini masih lagi kelihatan putih bersih, masih dara, suci dan jarang di sentuh. Inilah mainan latarbelakang putih. Kemas. Haha
P/S : Saya nak jadi NORMAL. Haish kehidupan sekarang sangat tak normal bagi seorang manusia.
Setahun kot blog ini diabaikan. Haish. Teruk sungguh empunya blog.
Akan tetapi blog ini masih lagi kelihatan putih bersih, masih dara, suci dan jarang di sentuh. Inilah mainan latarbelakang putih. Kemas. Haha
P/S : Saya nak jadi NORMAL. Haish kehidupan sekarang sangat tak normal bagi seorang manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)